Al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al Ghazali r.a. (meninggal dunia pada tahun 505 Hijrah) menjawab sepucuk surat dari seorang muridnya. Muridnya itu memohon supaya Imam Al Ghazali memberinya nasihat untuk panduan hidupnya. Jawapan Imam Al Ghazali termuat dalam kitab Al Risalah Al Waladiah, dalam bahasa Parsi, yang kemudiannya dialihkan ke bahasa Arab dengan judul Ayyuhal Walad.
Kitab Ayyuhal Walad – Wahai Anakku Yang Tercinta – siri bimbingan remaja Islam 1, diusahakan terjemahannya oleh Abu Ali Al-Banjari An Nadwi diterbitkan 1417 Hijrah/ 1996 Masihi. Kitab kecil ini memuatkan 25 nasihat mantap dan jitu tentang matlamat hidup yang seringkali dipesongkan oleh objektif kehidupan yang palsu lagi mengelirukan.
Kitab Ayyuhal Walad
Shop With A Cause
Nur Insan Chairty Shop is a fund-raising initiative to raise fund for our Free Madrasah campaign. Every dollar spent on the charity shop will go directly to Nur Insan.
We thank you for your kind support.