DAURAH

TAUHID CINTA

Sinopsis :

Buku Tauhid Cinta ini merupakan sebuah buku terjemahan dari kitab Risalah at-Tauhid oleh Sheikh Arsalan al-Dimasyqi rahimahullah. Dalam buku ini, Sheikh Arsalan memulakan risalah beliau dengan membahaskan punca kepincangan tauhid dalam diri seseorang insan, sehingga membawa kepada syirik yang tersembunyi [syirik khafiy]. Inilah bencana dan dosa yang paling ditakuti Baginda Nabi daripada menimpa umat. Kebimbangan Baginda Nabi menjelaskan betapa pentingnya para hamba berusaha membersihkan diri daripada penyakit tersebut. Ia suatu penyakit yang terbit di halaman ibadah yang bersih, lalu mengotorkan sehingga merosakkan ibadahnya, sehingga menghumban pelakunya ke dalam lubuk kerugian tanpa sedar.

qq0.png