Meraih Berkah
Dari Kalamullah
Setiap orang pasti mendambakan kebahagiaan dan keberkahan hidup, baik di dunia mahupun di akhirat. Namun, bagaimana cara menggapainya itu yang harus kita ketahui.
Al-Quran sebagai pedoman umat Islam memberikan petunjuk kepada kita untuk menggapainya, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 35, "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.''
Keberkahan hidup tak dapat dilepaskan dari berkah Al-Quran kerana Al-Quran adalah petunjuk fikir dan sikap manusia agar boleh mencapai kebahagiaan, keselamatan, dan keberkahan. Al-Quran juga berisi petunjuk untuk meluruskan setiap perbuatan yang salah, juga membetulkan perilaku manusia yang menyimpang.
Sebagai langkah permulaan, penting untuk kita berusaha memperbaiki kebolehan dan kelancaran dalam membaca kitab suci Al-Quran. Kelas ini bertujuan untuk membantu para muslimah dalam perjalanan memperhalusi bacaan.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
" خيركم من تعلم القرآن وعلمه "
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya”. (HR Bukhari)
Daftar
Bayaran : Percuma
Khusus untuk Muslimah Sahaja
Kriteria : Kebolehan asas membaca
Al Quran
Kelas ini pimpinan
Ustazah Esah bte Idris
Bermula : 10 Januari 2023
Hari : Setiap Selasa
Masa : 9 Pagi - 11 Pagi
Alamat Cawangan
Bukit Batok :
Blk 153 Bukit Batok Street 11
#03-282 S650153