OVERVIEW
COURSE
Melalui kitab MINHAJUL 'ABIDIN ini, Imam al-Ghazali, ulama besar di bidang ilmu tasawuf dan fiqih, membahagi perjalanan seorang ahli ibadah itu dalam tujuh tahapan. Ini adalah risalah bimbingan yang menjadi wasiat terakhirnya bagi umat ini, kerana tak lama kemudian sang hujjatul islam ini meninggalkan dunia yang fana ini, menghadap Tuhan yang sentiasa ia rindukan.
BIOGRAPHY
ASATIZAH

Ustaz Khairul Anwar Hasan merupakan lulusan diploma linguistik dari Madinah yang bersemangat dalam menyebarkan ilmu asas agama Islam kepada berbagai lapisan masyarakat. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai pembangunan belia, dan melibatkan diri dengan golongan muda dalam membantu mereka mengembangkan ilmu dan pengetahuan Islam mereka.Kemudian beliau beralih kerjaya sebagai Asatizah bebas, menyampaikan ceramah di masjid-masjid dan kelas-kelas agama. Ustaz Khairul Anwar terkenal dengan pendekatan pengajarannya yang menarik, sering menggunakan contoh dari kehidupan seharian untuk membantu pelajarnya memahami konsep yang kompleks. Pada masa lapangnya, dia gemar menonton filem rohani dan penuh aksi, dia percaya ianya boleh memberikan pandangan berharga tentang pengalaman manusia.
INFORMATION
COURSE
MON
8:00PM
FREE
ADMISSION
VENUE
APOSH BIZHUB
1 YISHUN INDUSTRIAL ST 1 #04-20
THE BOOK
ABOUT

Jalan ibadah adalah jalan anugerah, pahala, nikmat abadi, dan jalan menuju syurga yang kekal. Semua terasa indah, seindah hati para 'abidin (ahli ibadah) yang menjalaninya dengan ikhlas dan ihsan. Inilah jalan para nabi, para auliya, para solihin dan mukhlisin.
Tapi, jalan menuju ke syurga-Nya itu bukanlah jalan yang mudah dilalui oleh hamba-hamba yang mudah tergoda oleh dunia dan lainnya. Berbagai jebakan menghadang, siap menarik seorang hamba ke lubang maksiat, hingga terus menjauh dari tujuan ibadahnya. Rasulullah saw. bersabda: "Ketahuilah, bahwa (jalan menuju) syurga itu penuh rintangan dan liku liku, sedangkan jalan ke neraka itu mudah dan rata."
Melalui kitab MINHAJUL 'ABIDIN ini, Imam al-Ghazali, ulama besar di bidang ilmu tasawuf dan fiqih, membahagi perjalanan seorang ahli ibadah itu dalam tujuh tahapan. Ini adalah risalah bimbingan yang menjadi wasiat terakhirnya bagi umat ini, kerana tak lama kemudian sang hujjatul islam ini meninggalkan dunia yang fana ini, menghadap Tuhan yang sentiasa ia rindukan.
Al-Ghazali memaparkan tip tip penting bagi kita agar selalu waspada terhadap setiap jebakan yang ada, dan agar dapat segera keluar bila kita telah masuk ke dalam perangkap itu.





